Salah satu kemahiran yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah membaca. Kemahiran membaca perlu
diajar dan diterapkan secara berkesan supaya seseorang itu dapat menguasainya
kerana iai berkait rapat dengan kemahiran-kemahiran lain seperti mendengar,
bertutur dan menulis. Berikut adalah definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh:
Kesimpulannya, membaca
adalah suatu proses yang komplek iaitu melibatkan pembaca dan bahan ataupun
teks yang mana sesuatu maklumat itu disampaikan melalui lambang-lambang
tertentu. Proses membaca ini terdiri daripada proses sensori, proses
pengamatan, proses bahasa dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan
yang penting antara satu sama lain.