Assalamualaikum w.b.t...
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh
pensyarah kami iaitu membina sebuah blog berdasarkan project based-learning.
Kerja kursus ini amat penting memandangkan ia merupakan sebahagian daripada
tugasan berkumpulan bagi subjek Ketrampilan Membaca (BMK 3033).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami rakamkan kepada
pensyarah kami iaitu Dr. Dahlia Bt. Janan atas segala nasihat, dorongan,
bantuan dan keprihatinan beliau semasa kami menyiapkan blog ini. Bimbingan,
pandangan, dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh beliau dalam menyiapkan tugasan
ini sangat membantu kami.
Selain itu, ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada kedua-dua ibu
bapa kami kerana atas sokongan dan dorngan yang telah diberikan. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan bahagian kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian memberi
informasi-informasi terkini amatlah dihargai. Budi kalian yang sanggup
meluangkan masa untuk kita sama-sama menyiapkan kerja kursus ini juga diakhiri
dengan ucapan terima kasih.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain yang telah membantu
kami sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang kami membina
blog ini.
No comments:
Post a Comment