Secara
kesimpulannya, membaca adalah suatu proses pembentukan dan pemberian makna
melalui interaksi saluran antara pembaca dan bahan yang dibaca. Membaca didefinisikan
sebagai suatu proses yang kompleks melibatkan suatu tindakan komunikasi melalui
proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan
oleh penulis kepada para pembacanya. Proses ini disampaikan melalui perantaraan
ataupun medium lambang-lambang sesuatu bahasa. Setiap proses yang terlibat
memainkan peranan yang sangat penting dalam proses membaca secara
keseluruhannya. Oleh itu, seseorang yang tidak tahu membaca akan sukar untuk
menguruskan kehidupannya dalam masyarakat masa kini yang penuh dengan pelbagai
maklumat bertulis.
Thursday, 8 May 2014
Thursday, 1 May 2014
Pentaksiran Membaca
7.0 PENTAKSIRAN MEMBACA

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca

Penilaian membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid.
Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan
murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan
jenis pengujian. Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat
dengan lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu
diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca
Proses Penilaian Membaca
Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca
juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya
adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca
bagi setiap murid-murid.
Penilaian
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan
kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting
dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya.
Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan
murid-murid ialah menulis karangan.
Dua Teknik Penilaian Dalam Karangan
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993) sub kemahiran
adalah seperti berikut:
Subscribe to:
Comments (Atom)