Bahan bacaan sebenarnya mampu memberi pengaruh dalam pendidikan akhlak
kanak-kanak. Oleh yang demikian, bahan bacaan seperti buku, majalah dan surat
khabar berpotensi memberi pengaruh yang baik kepada akhlak dan jati diri seseorang.
Sebagai contoh,
sekiranya seseorang individu yang sering membaca bahan bacaan yang berbentuk
motivasi, secara tidak langsung mereka cenderung untuk memotivasikan diri dalam
setiap tingkah lakunya. Namun begitu, bahan bacaan juga mampu merosakkan
akhlak seseorang. Sebagai contoh, bahan bacaan ringan berbentuk hiburan, lucah
dan bukan ilmiah yang terjual di pasaran dilihat banyak menyumbang kepada
keruntuhan akhlak masyarakat.
Jenis-jenis Bahan Bacaan
·
Surat khabar
·
Motivasi
Mempunyai kelompok pembaca tersendiri. Buku motivasi kebanyakannya menyelitkan tips serta arah tuju yang patut diteladani serta memberi panduan untuk menjadi lebih baik.
Mempunyai kelompok pembaca tersendiri. Buku motivasi kebanyakannya menyelitkan tips serta arah tuju yang patut diteladani serta memberi panduan untuk menjadi lebih baik.
·
Majalah
Terdapat banyak jenis majalah di pasaran seperti teknologi, resipi masakan, automotif, dekorasi rumah, sukan, fesyen, gaya hidup, hiburan & sebagainya. Pengaruh gambar serta maklumat yang ditampilkan sesebuah majalah mempengaruhi pembaca.
Terdapat banyak jenis majalah di pasaran seperti teknologi, resipi masakan, automotif, dekorasi rumah, sukan, fesyen, gaya hidup, hiburan & sebagainya. Pengaruh gambar serta maklumat yang ditampilkan sesebuah majalah mempengaruhi pembaca.
·
Ekonomi
Menjadi petunjuk kepada pasaran ekonomi semasa, selain analisis pergerakan pasaran ekonomi negara & dunia.
Menjadi petunjuk kepada pasaran ekonomi semasa, selain analisis pergerakan pasaran ekonomi negara & dunia.
·
Komik
Mudah mendapat tempat di pasaran. Lambakan komik dengan pelbagai tema seperti aksi perang, dramatik, perlumbaan kereta, selain komik kanak-kanak menjadi teman penghibur pada waktu lapang.
Mudah mendapat tempat di pasaran. Lambakan komik dengan pelbagai tema seperti aksi perang, dramatik, perlumbaan kereta, selain komik kanak-kanak menjadi teman penghibur pada waktu lapang.
·
Novel
Paling mendapat tempat di pasaran. Kebanyakan novel yang menjadi pilihan masyarakat berkisar mengenai kekeluargaan, motivasi, masalah sosial, tragedi, seram dan percintaan.
Paling mendapat tempat di pasaran. Kebanyakan novel yang menjadi pilihan masyarakat berkisar mengenai kekeluargaan, motivasi, masalah sosial, tragedi, seram dan percintaan.
Kepentingan Memilih Bahan Bacaan
Kepentingan pemilihan sesuatu bahan bacaan dijelaskan Khairusy
Syakirin (2007) dalam penulisannya. Beliau menyatakan bahawa bukan semua bahan
bacaan boleh menjadikan sesebuah bangsa itu maju.. Ini kerana, membaca bahan
bacaan yang sesuai dan bermutu adalah penting bagi perkembangan kanak-kanak.
Berdasarkan penjelasan tersebut, dapat disimpulkan bahawa pemilihan bahan
bacaan yang tepat amat penting bagi membentuk
peribadi dan jati diri seseorang individu.
Selain itu fenomena pemilihan bahan bacaan hedonistik sebagai pilihan bacaan utama dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh intipati yang diterapkan di dalamnya itu yang menepati selera pembaca. Berdasarkan suatu kajian terhadap ramai remaja yang meminati novel-novel popular. Rata-ratanya mengatakan bahawa novel-novel sepeti itu mudah ceritanya untuk difahami dan menjadi hiburan kepada mereka ketika masa lapang. Dan alasan lain yang dikemukakan adalah novel seperti itu banyak nilai pengajarannya dan dapat ditafsirkan hiburan yang dimaksudkan oleh mereka adalah hiburan jiwa, bukan hiburan akal.
Ibu bapa mampu memupuk
minat suka membaca di kalangan anak melalui pelbagai kaedah seperti pemberian
buku bacaan ringan dan bagi yang berkemampuan, menyediakan mini perpustakaan di
rumah dalam usaha membudayakan ilmu dalam suasana kondusif. Oleh itu, ibu
bapa perlu memilih serta menapis buku atau bahan bacaan untuk diberi kepada
anak dalam usaha meningkatkan minat terhadap ilmu pengetahuan melalui proses
bacaan. Pastinya ibu bapa tidak mahu anak terdedah pengaruh serta ideologi
negatif disebarkan melalui bahan bacaan.
Tanpa menafikan peranan
internet yang tidak kurang pentingnya ketika ini, usaha perlu diteruskan bagi
memupuk minat masyarakat untuk membaca buku yang lebih berbentuk ilmiah serta
dipenuhi fakta yang jelas dan tepat. Justeru, usaha kerajaan menganjurkan
Kempen Bulan Membaca setiap tahun memang dialu-alukan dan seharusnya
dimanfaatkan rakyat seluruhnya.
·
Faktor Ilutrasi dan Warna
Ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap
sesuatu konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku-buku sains Ilustrasi
turut membantu meningkatkan atau menurunkan tahap kebolehbacaan bahan
bergantung kepada cara persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan. Selain
itu, penggunaan warna turut mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan. Ini
adalah kerana ia meningkatkan minat pembaca terhadap bahan bacaan.
·
Faktor Tulisan yang
Jelas
Faktor
tulisan yang jelas dalam penulisan memainkan peranan yang penting khususnya
dalam proses pembacaan agar maklumat mudah difahahami dan maklumat yang ingin
diberikan penulis sama dengan kefahaman para pembaca. Faktor tulisan ini
merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan. Reka bentuk tulisan ini mengambil
kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antra huruf ,
jarang antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan
kertas dan pelbagai lagi. Semua ini, didapati boleh mempengaruhi kebolehbacaan
bahan.
·
Faktor Perbendaharaan
Kata
Perbendaharaan
kata adalah antara faktor yang terpenting dalam menentukan tahap kesukaran
bahan bacaan. Ada banyak cara mengukur kesukaran teks dengan menggunakan
perbendaharaan kata, namun demikian dua cara yang paling biasa digunakan adalah
dengan mengukur panjang perkataan
dan kekerapan perkataan. Perkataan
yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan
yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana boleh lebih pantas
dikenali dan difahami. Manakala, panjang perkataan dikira dengan cara mengira
suku kata atau jumlah huruf dalam perkataan tersebut.










No comments:
Post a Comment