4.0 MASALAH
MEMBACA
Isu yang semakin menjadi kebimbangan pada abad
ini ialah apabila terdapat sesetengah pelajar yang tidak mampu membaca walaupun
telah mencapai usia yang sepatutnya. Hal ini telah menyebabkan banyak pihak
terutamanya ibu bapa, pendidik dan masyarakat bimbang akan hal ini akan
berterusan. Memang tidak dinafikan bukan sahaja pelajar yang berada di sekolah
rendah yang tidak mampu membaca namun yang lebih merumitkan apabila terdapat
pelajar sekolah menengah juga mengahadapi kesukaran untuk membaca namun hanya
segelintir dari mereka yang terlibat.
Terdapat
dua kategori permaslahan ini yang pertama disebut sebagai umur akal dan yang
kedua disebut sebagai umur biologi. Umur akal ialah istilah yang digunakan bagi
pelajar yang tidak dapat membaca pada tahap umur sepatutnya berdasarkan umur
biologi atau dengan kata lain umur seseorang pelajar yang disukat berdasarkan
kurikulum rasmi pendidikan seperti tahun satu. Manakala umur biologi
ialah umur yang dikira sejak seseorang itu dilahirkan.
Bagi konteks ketidakupayaan membaca ini dapat kita bahagikan kepada dua. Yang
pertama boleh disebut ketidakupayaan membaca pada tahap umur akalnya dan yang
kedua disebut ketidakupayaan akibat kecacatan. Sebagai contoh ketidakupayaan
membaca pada tahap umur akal adalah seperti kanak-kanak yang umur biologinya 10
tahun dan umur akalnya darjah empat. Berdasarkan kepada Kurikulum pendidikan
sepatutnya kanak-kanak ini sudah mempunyai kemahiran untuk membaca. Manakala
bagi ketidakupayaan membaca umur biologi ialah apabila seseorang kanak-kanak
itu tanpa mengambil kira umur akalnya mengalami masalah kesihatan seperti
kecacatan yang menyebabkan mereka tidak dapat membaca. Punca yang menyebabkan
berlakunya masalah ketidakupayaan membaca.ialah disebabkan faktor fizikal dan
neurologikal.
Faktor Fizikal
Pada kebiasaanya kecacatan yang ringan
terhadap deria tidak akan menganggu keupayaan membaca. Namun kecacatan yang
teruk akan menganggu keupayaan untuk membaca. Antara kecacatan fizikal yang mampu
menganggu keupayaan membaca ialah seperti berikut.
i.
Penglihatan
Terdapat pelbagai punca atau sebab yang
menganggu keupayaan membaca antaranya:
a. Juling-fokus kepada sesuatu benda dengan
menggunakan kedua-dua biji mata. Hal ini akan menyebabkan imej sesuatu benda
yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuk.
b. Rabun dekat-tidak mampu untuk melihat pada
jarak yang dekat.
c. Rabun jauh-tidak mampu untuk melihat pada
jarak yang jauh.
d. Amblyopiks-satu imej dari salah satu biji mata
tidak sampai ke otak.
e. Astigmatism-kurangnya fokus cahaya pada salah
satu atau kedua-dua hujung retina menyebabkan penglihatan menjadi kabur
ii. Persepsi Penglihatan
Terdapat sesetengah pelajar yang menghadapi
masalah dimana penglihatan mereka bercelaru. Antara simptom masalah tersebut
ialah:
a. Perkataan yang dilihat seperti bercampur dan menghasilkan
perkataan yang tidak bermakna.
b.
Perkataan yang dilihat oleh pesakit menjadi terbalik.
c.
Pelajar yang menghadapi kesukaran untuk membezakan makna.
d.
Perkataan menjadi seperti imej cermin.
Sebagai ibu bapa dan guru, keta
perlu peka dengan permasalahan tersebut agar langkah-langkah
rawatan yang sesuai boleh diambil. Pada kebiasaanya permasalahan tersebut boleh diperbetulkan dengan
rawatan yang betul.
iii. Pertuturan
Punca masalah pertuturan ialah masalah
tumbesaran, pendengaran, masalah dalam pertumbuhan kerongkong, sumbing, atau
kecederaan otak sama ada serius atau tidak. Namun begitu masalah ini tidak
mengakibatkan ketidakupayaan membaca dan jika terdapat kesan sekalipun kesan
tersebut kepada psikologi.
iv. Pendengaran
Pelajar yang menghadapi masalah pendengaran
akan menghadapi kesukaran untuk menuntut ilmu. Pelajar yang menghadapi masalah
pendengaran yang ringan boleh diberikan rawatan yang sesuai. Mereka yang
menghadapi masalah ini akan menghadapi kesukaran untuk membezakan bunyi vokal
dan konsonan. Terdapat dua jenis kecacatan iaitu kecacatan sementara dan
kecacatan kekal. Kecacatan sementara boleh diubati dengan cara permbersihan
telinga atau pengambilan antiobiotik manakala kecacatan kekal perlu merujuk
kepada doktor pakar bagi membolehkan rawatan yang sempurna diberikan kepada
pesakit.
Faktor Neurologikal
Neurologikal ialah kajian yang berkaitan
dengan otak, sistem saraf, tulang belakang, urat dan bahagian organ reseptor.
Sebahagian tisu ini memberikan kesan kepada kebolehan seseorang individu dalam
membaca. Antara faktor neurologi ini berkaiatan dengan masalah kesihatan
seperti jangkitan kuman atau prakelahiran. Antara contoh adalah seperti berikut
:
- Kerosakan otak
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan
berlakunya kerosakan pada otak antaranya seperti penyakit atau kesan bahan
toksik yang mencemar otak atau sebahagian otak. Selain itu kecederaan otak
boleh berlaku sejak seseorang itu dilahirkan. Hal ini akan menyebabkan berlaku
perubahan yang luar biasa terhadap bentuk otak. Pada kebiasaanya penyakit ini
dapat dikesan menerusi pemeriksaan yang dinamakan electroencephalogram (
EEC).
- Neurologi tidak berfungsi
Neurologi tidak berfungsi ialah dimana otak
tidak dapat berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sepenuhnya
sejak dilahirkan. Selain itu hyperlexia merupakan satu
penyakit dimana penyakit ini akan menganggu perkembangan bahasa seseorang.
Simptom ini juga akan mengakibatkan masalah ketidakupayaan membaca dan
pelajaran yang serius.
- Faktor keturunan
Terdapat kajian dimana dalam kajian tersebut
menyatakan bahawa genetik merupakan salah satu faktor yang kuat mempengaruhi
perkembangan pembacaan seseorang. Selain itu keadaan keluarga turut
mempengaruhi perkembangan pembacaan seseorang. Hal ini dapat dijelaskan
berdasarkan kajian dimana anak yang dibesarkan dalam keluarga yang boleh
membaca mempunyai tahap pemikiran lebih tinggi berbanding anak yang dibesarkan
dalam keluarga yang tidak boleh membaca.
- Faktor emosi
Kegagalan dalam pembacaan akan menganggu emosi
kita. Pelajar yang mempunyai masalah dalam pembacaan akan mempunyai rasa rendah
diri, tidak bermotivasi, kecewa dan lain – lain lagi. selain itu bukan sahaja
disebabkan faktor dalam pelajar terbabit yang mempengaruhi masalah dalam
pembacaan namun masalah persekitaran turut menyebabkan masalah ini berlaku
seperti penderaan, pergolakan keluarga, dan lain-lain lagi. Ini secara tidak
langsung akan menganggu emosi mereka.
No comments:
Post a Comment