Thursday, 1 May 2014

Pendekatan Pengajaran Membaca



6.0       PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA

Pendekatan Linguistik
Pendekatan linguistik merupakan salah saru teknik yang digunakan dan ditumpukan dalam satu pengajaran bacaaan yang dikemukakan oleh Bloomfield (1961). Kaedah yang ditumpukan dalam pendekatan ini mempunyai hubungan yang rapat antara perkataan sebagai simbol tertulis dengan bunyi-bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf sebagai simbolnya. Walaupun pendekatan yang digunakan oleh Bloomfield tidak menekankan kepada bunyi-bunyi fonem tunggal, sebaliknya fonem dalam perkataan tetapi beliau mengatakan bahawa salah satu daripada pencapaian yang harus dicapai oleh pelajar sebelum mereka diajar membaca ialah kanak-kanak seharusnya telah mengenali nama-nama huruf untuk menambah minat dan penekanan kepada bentuk.

Kaedah Montessori
Kaedah ini kebiasaannya digunakan oleh tenaga pengajar disekolah dalam pengajaran membaca pada peringkat permulaan. Dalam kaedah ini, terdapat dua aspek penting dalam pengajaran bacaan. Pertama adalah mengenal huruf abjad sepenuhnya dan kedua adalah menjalani suatu rancangan bacaan yang telah sedia disusun oleh guru. Dalam kaedah ini, kanak-kanak perlulah mengenal huruf abjad terlebih kemudian barulah mereka akan mengikuti pelajaran membaca. Sesi pelajaran akan dimulakan dengan mengenal bentuk-bentuk huruf, menulis dan seterusnya membunyikan huruf-huruf. Pada peringkat akhir bunyi-bunyi huruf tersebut digabungkan untuk menyebut perkataan. Kanak-kanak perlu mengatasi sesuatu peringkat sebelum meneruskan peringkat berikutnya.

Kaedah Abjad/Huruf
Berdasarkan kaedah ini kita dapat lihat pendekatan yang digunakan oleh guru dalammengajar membaca secara lebih berkesan. Kebiasaannya kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a-z. Selepas itu guru akan mengajar murid mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan,dan diftong ai, au, oi. Bunyi-bunyi hurif ini juga diperkenalkan pada peringkat ini. Akhir sekali huruf-huruf ini akan digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
Contoh:
1.      memperkenalkan huruf a-z.
2.      memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
3.      menggabungkan huruf konsonan dan vokal ba, be, bi, bo, bu
4.      membina perkataan daripada suku kata ba + tu+ = batu
5.      seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat yang mudah untuk difahami.

 
 

Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.  Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.  Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

 
 


Kaedah Fonik
Pendekatan Fonik yang digunakan oleh guru adalah sebagai tindak balas terhadap kegagalan kaedah pandang sebut. Pelajar yang telah diajar membaca dengan kaedah pandang sebut tidak boleh membaca perkataab baharu yang diajar oleh guru. Kebiasaannya, apabila guru menggunakan kaedah ini pelajar akan diajar bunyi-bunyi yang berhubung dengan huruf dan bukannya nama huruf. Berdasarkan kaedah ini, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyi perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].
            Contohnya:                 [ b ] + [ a ] = [ ba ]
                                                 [ t ] + [ a ] = [ ta ]
                                       [ ba ] + [ta ] = [ bata ]

  


Kesimpulannya, teknik dan pendekatan amatlah penting dalam mengajar membaca pada peringkat permulaan di sekolah menengah dan rendah. Tumpuan utama pendekatan yang telah digariskan oleh sisitempengajaran bersepadu adalah untuk meningkatkan kefahaman murid dalam menguasai teknik membaca dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment