Secara
kesimpulannya, membaca adalah suatu proses pembentukan dan pemberian makna
melalui interaksi saluran antara pembaca dan bahan yang dibaca. Membaca didefinisikan
sebagai suatu proses yang kompleks melibatkan suatu tindakan komunikasi melalui
proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan
oleh penulis kepada para pembacanya. Proses ini disampaikan melalui perantaraan
ataupun medium lambang-lambang sesuatu bahasa. Setiap proses yang terlibat
memainkan peranan yang sangat penting dalam proses membaca secara
keseluruhannya. Oleh itu, seseorang yang tidak tahu membaca akan sukar untuk
menguruskan kehidupannya dalam masyarakat masa kini yang penuh dengan pelbagai
maklumat bertulis.
No comments:
Post a Comment