Model Teori Top-Down
Model bacaan ini
bersandarkan kepada model psikolinguistik yang telah dikemukakan oleh Goodman (1967,
1970) dan Smith (1971,
1978). Model ini merupakan model pemahaman proses membaca yang memerlukan
pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai dasar dalam
memahami bacaan.
Teori Membaca Secara
Automatik
Menurut
La Berger dan Samuel (1974), menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan
kemahiran membaca secara automatik. Di samping itu model yang telah dikemukakan
oleh mereka juga menganggap wujud jurang perbezaan antara proses bersifat
automatik dan kawalan ketika membaca. Sub komponen dalam kemahiran membaca
seperti mengenal pasti huruf dan setrusnya mengecam perkataaan dikuasai secara
automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu
seseorang untuk menguasai kemahiran asas membaca.
Sehubungan dengan itu, teori ini juga meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dah lebih memahami. Oleh itu, ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih efesien.
Teori Membaca Secara Automatik
Teori pemindahan
maklumat
Menurut
La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) mengatakan bahawa teori ini secara
asasnya dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas
menyatakan aktiviti membaca adalah satu prose mengenali huruf demi huruf dan
perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya bahawa pembaca berinteraksi
dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang di baca
kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang
membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.
Teori ini juga berpendapat, aktiviti membaca bertujuan membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks. Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala pembaca yang lemah tidak dapat melakukan sedemikian. Kebiasaanya, kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan yang khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca bagi kefahaman seperti membuat kesimpulan.
Model Pemindahan Maklumat
Teori Kecekapan Verbal
Menurut
pendapat Perfetti (1988) mengatakan bahawa, teori ini menekankan kemahiran
membaca secara meluas di mana ia melangkaui proses mentafsirkan kod. Selain
daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan
dengannnya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara
bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif
yang digunakan. Berdasarkan teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang
tersendiri bagitujuan menguasai kecekapan verbal. Bertambah efesian seseorang
pembaca dalam kecekapan verbal, bermakna lebih banyak perhatian dan sumber
ingatan bagi rujukan. Selain daripada itu, teori ini juga bergantung kepada
kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada perhatian dan
sumber ingatan yang terhad yang terdapat dalam diri pembaca. Pembaca yang tidak
cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang telah dibacanya. Faktor yamh
mepengaruhi dalam kecekapan membaca disebabkan oleh skemata yang terhad.
Teori Kecekapan Verbal
Menurut Perfetti
Model Membaca Clay
Menurut
Clay (1991), Membaca melibatkan aktiviti melahirkan semula mesej menggunakan
bahasa. Model ini banyak dikaitakan dengan aktiviti membaca teks secara
mekanis. Kebiasaanya, pembaca akan berhadapan dengan situasi pengawalan ke atas
penggunaan bahasa lisan terutamanya ketika membaca secara mekanis.
Bagaimanapun, bahasa lisan itu beerbeza dengan dialek yang sering digunakan
oleh pembaca. Hal ini disebabkan penguasaan bahasa lisan ketika membaca mekanis
memerlukan peembaca menggunakan kemampuan menuturkan bahasa itu dengan baik.
Ketika membaca secara mekanis, pengawalan penggunaan bahasa lisan dapat
membantu pembaca membina dan menyusun ayat yang baik.
Selain itu, membaca juga melibatkan pengetahuan pembaca ke atas peraturan-peraturan yang digunakan ke atas bahasa tulisan yang dicetak. Peraturan yang dimaksudkan termasukalah arahan yang melibatkan peraturan, format ruang dalam penulisan, persoalan yang dikemukan dan sebagainya. Aspek ini sering tidak diberikan perhatian oleh pembaca kerana mereka menganggap proses membaca adalah mudah. Sehubungan dengan itu, membaca bagi mendapatkan makna amat penting diberikan penekanan di samping penguasaan membaca secara mekanis.
Teori Membaca Clay
No comments:
Post a Comment