Mengajar membaca kepada anak-anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah
kerana memerlukan kerja keras dan kemahuan yang tinggi. Perkara ini akan lebih
sulit sekiranya anak-anak enggan untuk belajar sekiranya disuruh ataupun
diarahkan oleh ibu bapa mereka kerana dunia kanak-kanak adalah dunia bermain.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa atau guru harus sepintar mungkin memerah otak
bagaimana agar anak-anak mereka mahu belajar membaca dan mencari kaedah yang
menyenangkan untuk anak-anak.
i.
Bantuan Puzzle
·
Kaedah yang pertama ialah dengan bantuan puzzle
Penggunaan puzzle untuk
belajar membaca ini tidak seperti puzzle
untuk anak yang besar, tetapi puzzle
yang dimaksudkan ialah puzzle yang
mempunyai gambar binatang seperti gambar kuda, rama-rama, ulat dan lain-lain.
Ibu bapa harus mengingati bahawa dunia kanak-kanak ialah dunia bermain. Oleh
itu dengan mengajar anak-anak membaca melalui puzzle akan menarik minat mereka untuk belajar membaca.
ii. Pengenalan
Huruf dan Penguasaan Vokal
·
Kaedah kedua ialah memberi pengenalan huruf dan penguasaan vokal
Pengenalan terhadap huruf-huruf alphabet
secara sepintas iaitu dari A hingga Z. Kemudian ajarkan anak-anak menguasa
huruf-huruf vokal seperti a, i, u, e, dan o. Ibu harus mengajar huruf kepada
anak-anak mengikut urutan agar anak-anak dapat mengenal huruf sehingga
benar-benaar menghafal. Belajar membaca dalam kalangan kanak-kanak boleh
dilakukan dengan pelbagai cara yang dapat menarik minat mereka untuk membaca.
iii. Bantuan
Visual atau Huruf
·
Kaedah belajar membaca yang ketiga dengan bantuan visual atau huruf
Kebiasaannya anak-anak akan lebih mudah menghafal jika terdapat gambar
visual huruf. Anak-anak akan lebih bersemangat sekiranya mengajar mereka
belajar membaca menggunakan kaedah ini kerana anak-anak lebih gemar kepada
muzik dan pergerakan dalam gambar tersebut. Warna-warni yang ada dalam gambar
tersebut akan lebih menarik minat mereka untuk belajar. Buku Bacalah Anakku ini bukan sahaja digunakan di sekolah tetapi
juga digunakan di rumah oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka. Buku
tersebut telah memperkenalkan anak dengan bunyi dan sukukata yang mudah
mengikut teknik fonetik.





No comments:
Post a Comment